PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PETALING JAYA, SELANGOR – Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman membuka kertas siasatan selepas menerima laporan tentang penuntut-penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri.

“Laporan dibuat susulan tuntutan oleh penuntut-penuntut tersebut melalui notis timbang tara yang diserahkan kepada kerajaan malaysia pada 30 julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion atau RM147.728 bilion.

“Tuntutan tersebut merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 124(K) Kanun Keseksaan kerana sabotaj,” katanya.

Acryl berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam khususnya perbuatan sabotaj terhadap keselamatan, kedaulatan dan kestabilan negara.

“PDRM memberi jaminan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut akan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya, dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *