Anwar
Anwar (tengah) mengaminkan bacaan doa sebaik tiba di KKIA2 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk lawatan kerja rasmi sehari.

Pesawat khas yang dinaiki Anwar mendarat di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.20 pagi Rabu.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan dan Datuk Shahelmey Yahya, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin dan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Mohd Arif serta pembantu-pembantu menteri kabinet Sabah.

Anwar dijangka menghadiri Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Program Ramah Mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Briged di Kem Lok Kawi, Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra bersama Paparian di Papar sebelum ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk Program Temu Anwar. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *