Kasim
Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor ( Sumber Foto: Ihsan UMS )

KOTA KINABALU, SABAH – Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyambut baik seruan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuj Seri Mohamed Khaled Nordin untuk bekalan air yang berterusan di UMS.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dalam satu kenyataan berkata sebagai langkah awal, UMS dan UTM telah melakukan perbincangan berkaitan isu terbabit.

Susulan itu, kerjasama tersebut akan dimulakan di UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

“Lawatan tapak dalam masa terdekat di UMSKAL akan diadakan bagi mengenal pasti secara signifikan isu berkaitan bekalan air ini.

“Difahamkan UTM juga bersedia menawarkan khidmat kepakaran teknologi membran dan proses desalinasi bagi mengatasi isu bekalan air yang dihadapi UMSKAL.

“Ini sepertimana yang digunakan untuk manfaat 53 sekolah pedalaman seluruh negara dan penyahgaraman air laut di Kampung Pantai Senok, Bachok Kelantan sejak tahun 2017.

“Sistem di kampung tersebut mampu mengeluarkan 500,000 liter sehari air bersih terus daripada air laut,” katanya.

Disamping itu, beliau juga berkata usaha menyuling air laut kepada air tawar tersebut dijangka dapat menampung keperluan air kepada lebih kurang 3,000 orang pelajar di UMSKAL.

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *