Blower
Proton Saga terbabit di kiri serta bahagian bawah jejantas turut mengalami kerosakan ( Sumber Foto: Gambar tular di media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah kenderaan Proton Saga di Jalan Tun Razak mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi selain ‘jem’ selama lebih kurang tiga jam apabila muatan sebuah lori treler jatuh bergeser jejantas Segama pada pukul 4 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superitendan Kalsom Idiris berkata pihaknya mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori, seorang lelaki berusia 50an, memandu kenderaan dari arah Centre Point menuju ke Likas melalui Jalan Tun Razak.

“Muatan ‘blower’ di atas lori yang berada di lorong kiri tersangkut di jejantas lalu terjatuh di atas jalan raya.

“Sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang ketika itu sedang menurunkan penumpang di perhentian bas sebelah kiri jalan terkena.

“Kenderaan Proton Saga mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi sebelah kanan kenderaan manakala lori trailer tidak mengalami apa-apa kerosakkan selain daripada muatannya yang telah terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kesemua kenderaan terlibat kemalangan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *