Ruslan
Ruslan ketika sidang media ( Sumber Foto: Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mempunyai potensi untuk dijadikan destinasi pelancongan Islamik.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, antara kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan adalah sekitar Kundasang, Ranau dan Semporna.

Menurut Ruslan, selain Negara China, Sabah turut menerima jumlah kemasukan pelancong dari negara Islam yang sangat tinggi.

Sehubungan itu, perkhidmatan dan pengurusan pelancongan secara Islamik seperti pakej Inap Desa perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan pelancong daripada negara Islam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan menegaskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah bagi mewujudkan larangan ADUN bertukar atau melompat parti perlu dalam usaha mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH






Previous articleMinggu Perpaduan Dimeriahkan 5,000 Orang

Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *