Japen
Suasana ketika program bual bicara berlangsung ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 merupakan kolaborasi di antara Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah dengan lebih 10 rakan strategik.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, selain agensi dan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), konvoi tersebut turut disertai oleh beberapa agensi luar antaranya Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Pada tahun ini juga, konvoi anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia akan disertai oleh syarikat swasta iaitu Kumpulan FUMA dan Yayasan Setia Negara yang merupakan badan bukan kerajaan.

“Manakala, beberapa lagi rakan strategik seperti Malaysia Airlines Group (MAG) menaja hadiah aktiviti, ITCC menyediakan tempat persinggahan, McDonalds membekalkan sarapan pagi dan rakan-rakan strategik lain yang akan bersama-sama di beberapa perhentian KMJG.

“Tidak hanya tertumpu kepada jabatan dan agensi kerajaan sahaja, KMJG pada kali ini turut melibatkan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menggelorakan semangat kemerdekaan dan kibar jalur gemilang semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas Program Bual Bicara KMJG bersama SABAHfm di sini, pada Rabu.

Konvoi KMJG Peringkat Negeri Sabah dilancarkan oleh Ketua Menteri yang diwakili Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam pada Selasa lalu, akan menjelajah ke 66 hentian seluruh Sabah sempena 66 tahun kemerdekaan negara. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 






Previous articleMasyarakat Perlu Hayati Malaysia Madani

Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *