Jkns
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sedang menyiasat kes melibatkan kematian seorang pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran, Norsillah Sinjan, yang dikatakan berlaku kerana kecuaian pihak hospital itu sendiri.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata JKNS memandang serius berkenaan perkara tersebut dan satu siasatan terperinci dan telus berkenaan perkara sedang dijalankan.

“Satu pertemuan bersama pihak keluarga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini selepas siasatan tersebut dilaksanakan.

“JKNS mengambil perhatian terhadap semua maklum balas yang diterima dan melakukan langkah penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan kami,” katanya dalam sebuah kenyataan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau, dalam mengulas kes yang tular di laman media sosial itu menyoal kenapa Hospital Tuaran tidak membuat diagnosis yang tepat terhadap pesakit.

“Saya juga difahamkan bahagian kecemasan Hospital Tuaran ketika ini tidak mempunyai doktor pakar dan pengalaman yang mencukupi, hanya berpengalaman sekitar dalam bidang lebih kurang dua tahun.

“Justeru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia diseru mengambil perhatian dalam perkara ini kerana ia melibatkan nyawa serta perkara ini dikatakan bukan pertama kali berlaku,” katanya.

Terdahulu, pihak Hospital Tuaran mendapati Norsillah tidak mengalami masalah serius dan dibenarkan pulang ketika mendapatkan rawatan.

Namun keadaan pesakit semakin teruk keesokkan harinya, dan keluarga membawa ke hospital swasta.

Pesakit tersebut kemudian mengalami pendarahan dalaman perut dan perlu jalani pembedahan. Walaubagaimanapun, hospital swasta berkenaan mempunyai kekangan peralatan yang tidak mencukupi.

Norsillah menghembuskan nafas terakhir pada tengah hari Sabtu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *