Arifin
Mohd Yaacob (kanan) menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima, sambil diperhatikan oleh Arifin (tengah) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

MEMBAKUT, SABAH – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang daripada 1,500 kilowatt-jam (kWj), akan menikmati pengecualian surcaj mulai 1 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd, Mohd Yaakob Jaafar berkata ia berikutan penyelarasan tarif elektrik seluruh negara dan kos bahan api yang kini stabil.

“Pada 28 Jun lalu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengumumkan pengecualian surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik kurang drpd 1,500 kWj.

“Mana-mana pengguna domestik yang menggunakan lebih 1,500 kWj, surcaj akan dikenakan dengan kadar 2.11 sen per kWj.

“Kadar ini lebih rendah daripada sebelum ini iaitu 10.04 sen kwj atau dalam 80 peratus,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut beliau, program rasionalisasi subsidi bersasar itu tidak melibatkan pengguna domestik daripada Januari hingga Jun tahun ini.

“Pengguna domestik daripada Januari hingga Jun tidak terlibat dalam program rasionalisasi subsidi bersasar oleh kerajaan persekutuan ini.

“Program ini hanya menyasarkan kepada pengguna domestik yang menggunakan elektrik yang tinggi.

“Kita masih melindungi pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 1,500 kWj, mereka masih menerima subsidi,” dedah beliau.

Ujar Mohd Yaakob lanjut, bagi tempoh enam bukan sahaja subsidi bersasar yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan berjumlah RM64 juta kepada lebih 600 ribu pengguna domestik di Sabah.

Beliau ditemui media pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha 1444H Peringkat DUN Membakut yang dirasmikan oleh Menteri Sains, teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, di Dewan Seri Wawasan, hari ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *