Ydpa
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Istana Negara )

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan supaya Malaysia dan Arab Saudi mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.

Memetik sumber Bernama, Seri Paduka menzahirkan harapan itu pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina, semalam.

Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Dalam majlis yang berlangsung selama satu jam itu, Seri Paduka Baginda berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi,” menurut catatan di Facebook Istana Negara, semalam.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, iaitu jumlah terbesar semenjak COVID-19.

Pertemuan berkenaan juga adalah manifestasi hubungan akrab antara kedua-dua negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *