Pdrm
Lee (tengah) bergambar bersama 120 warga SSPDRM IPD KK ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 90 peratus warga Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hadir ke Majlis Panggil Nama Anggota (Roll Call), pada Jumaat.

Hadir menyampaikan amanat dalam majlis tersebut ialah Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Kota Kinabalu, DSP Lee Nyuk Kim.

Beliau diiringi Pemangku Ketua Sukarelawan Sukarelawan Polis Daerah, Insp/SP Oloysius Dalasing dan Penyelia Koordinasi Sumber Sokongan, SM S Suriyati Pudang.

Turut berlangsung, sesi dialog Lee bersama 120 warga pasukan SSPDRM bagi membincangkan hal-hal berbangkit merangkumi beberapa aspek antaranya kebajikan, penugasan, sukan dan rekreasi serta kalender aktiviti sepanjang tahun. — JABATAN PENERANGAN SABAH 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *