Dating
LIU terkejut setelah mendapat tahu Zhang membawa 23 orang saudara maranya untuk makan bersama mereka. ( Sumber Foto: Ihsan AGENSI )

BEIJING – Seorang lelaki berasa kecewa selepas pasangannya membawa bersama 23 ahli keluarganya dalam janji temu pertama diadakan di sebuah restoran di China.

Memetik sumber The Thaiger, lelaki dikenali sebagai Liu dari wilayah Jilin bertemu dengan Zhang selepas diperkenalkan oleh seorang rakan lain.

Mereka kemudian memilih mengadakan pertemuan pertama mereka di sebuah restoran yang sering dikunjungi.

Namun, lelaki itu terkejut setelah mendapat tahu Zhang turut membawa 23 saudara maranya untuk makan bersama mereka.

“Dia juga terperanjat apabila mengetahui bil makanan mencecah hampir 20,000 yuan (RM12,907).

“Pekerja restoran memberitahu bil yang tinggi itu disebabkan keluarga wanita itu memesan rokok dan alkohol dalam kuantiti yang banyak,” jelas dalam laporan terbabit.

Lelaki itu dikatakan tidak mampu membayar dan akhirnya meninggalkan tempat berkenaan.

Zhang terpaksa membayar sendiri bil makanan yang dipesan dan berharap pasangannya akan menyumbang separuh jumlah dibayar.

Bagaimanapun, Liu hanya bersetuju untuk membayar 4,000 yuan (RM2,581) sekali gus mencetuskan kemarahan keluarga Zhang yang memutuskan untuk menyaman lelaki itu.

Zhang kemudian menyaman Liu di mahkamah untuk mendapatkan semula semua wang yang dibayar.

Portal Sanook melaporkan keputusan mahkamah memihak kepada Liu yang hanya perlu menampung bil makanan dipesan olehnya dan Zhang yang  berjumlah 1,400 yuan (RM903.25).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *