PETALING JAYA – Ianya “fakta yang jelas” bahawa sokongan terhadap UMNO telah merosot selama ini, menurut wartawan veteran A Kadir Jasin.
Memetik corak pengundian UMNO sejak empat hingga lima pilihan raya umum lalu, Kadir berkata ramalan bahawa UMNO akan “selesai” dalam pilihan raya negeri akan datang tidak boleh dipandang ringan.
“Angka itu jelas menunjukkan kemerosotan berterusan sokongan UMNO selama hampir sedekad, yang memuncak dengan kekalahannya dalam pilihan raya umum 2018.
“Ia semakin lemah dalam pilihan raya umum lalu,” katanya dalam catatan Facebook.
Memetik sumber FMT, Kadir berkata calon Umno sering bertanding di kerusi dengan pengundi yang lebih sedikit dan oleh itu, mereka tidak berjaya mendapat markah yang baik dalam undi popular.
Memetik statistik yang terdapat di internet, beliau berkata peratusan pengundian untuk Umno terus menurun sejak pilihan raya umum 2004, apabila calonnya memperoleh 35.7 peraetus undi di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu Abdullah Ahmad Badawi.
“Sokongan ini kemudiannya menurun kepada 29.9 peratus pada pilihan raya umum 2008, 29.32 peratus pada 2013, 20.9 peratus pada 2018, dan 16.43 peratus pada 2022,” katanya.
Beliau berkata statistik menunjukkan orang Melayu telah “meninggalkan” UMNO dan sejajar dengan parti berasaskan Melayu-Islam lain seperti BERSATU dan PAS, yang memperoleh 38.1 peratus undi pada pilihan raya umum lalu.
Kadir juga berkata Barisan Nasional (BN) tidak mentadbir mana-mana negeri yang dijadualkan untuk pilihan raya selepas Jun.
Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Kedah dijangka membubarkan Dewan Undangan Negeri mereka pada akhir Jun menuju ke pilihan raya.
“Boleh dikatakan UMNO sangat lemah di semua enam negeri ini, kecuali Negeri Sembilan dan Terengganu.
“Oleh itu, adalah fakta yang jelas bahawa sokongan kepada UMNO telah merosot sejak sekian lama,” katanya.
Pada hari Isnin, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Umno akan “bungkus” dalam pilihan raya yang semakin hampir.
Beliau menjawab kenyataan Hishammuddin Hussein bahawa adalah “sinis” bagi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menjemput ahli yang dipecat atau digantung ke perhimpunan agung UMNO 2023 yang sedang berlangsung sekarang.