Tawau
Jenazah mangsa dihantar ke rumah mayat Hospital Tawau ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

TAWAU, SABAH – Operasi mencari dan menyelamat hari kedua bagi insiden bot karam di perairan Sg Melayu, Pulau Sebatik, sini, ditamatkan selepas penemuan mayat seorang lelaki pada pukul tujuh pagi hari ini.

Mayat Abdul Rahim Kasil, 56, ditemui oleh penduduk setempat di Muara Sungai Pukul.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ,Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, sejurus menerima maklumat tersebut, sebuah bot peronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi penemuan bagi membawa mayat mangsa ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) untuk tindakan pengecaman.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada petang Jumaat berikutan kejadian selepas bot dinaiki sepasang suami isteri karam akibat perlanggaran dengan sebuah objek tenggelam seterusnya hilang kawalan dan merempuh kawasan bakau.

Akibat perlanggaran tersebut, mangsa Nurlina Aripin, 52, jatuh ke dalam laut.

Walau bagaimanapun, isteri mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat dan dibawa ke Hospital Tawau bagi menjalani rawatan untuk kecederaan ke bahagian kaki kerana terkena kipas enjin bot.

“Ops Carilamat yang dikoordinasikan Maritim Malaysia turut disertai agensi-agensi keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan PenyelamatMalaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)serta komuniti setempat ditamatkan pada pukul 8.30 pagi.

“Komuniti maritim diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca buruk semasa menjalankan aktiviti di laut dan sentiasa menggunakan jaket keselamatan,” kata Amiludin dalam sebuah kenyataan hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *