Zaini
Zaini (tengah) semasa sesi foto bersama para pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM tahun 2022 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah merekodkan peningkatan 0.13 mata Gred Purata Negeri (GPN) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding tahun 2021.

Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara adalah Gred Purata Negeri (GPN).

“Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pencapaian calon SPM tahun 2022 adalah lebih baik berbanding calon SPM tahun 2021.

“GPN tahun 2022 adalah 5.22 berbanding 5.35 pada tahun 2021, iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata,” ujar beliau.

Teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD Mohd Zaini Yanin dalam Majlis Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2022 Negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Ajanah Mohamed dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran Dan Peperiksaan Siti Hamni@Ani Hashim.

Sementara itu, Mohd Zaini menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar, Arief Syafiq Ajie Prasastie dari SMK Agama Kota Kinabalu mendapat keputusan cemerlang dengan catatan semua A (8A+,3A,1A-) dalam 12 mata pelajaran yang diduduki dalam SPM. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *