Toh puan
Aksi Toh Puan Norlidah dan Huang (kiri) ketika perlawanan persahabatan badminton ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

TENOM, SABAH – Buat julung kalinya, Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni berganding dengan Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shifang sebagai pasangan regu badminton.

Pasangan Toh Puan Norlidah dan Shifang menentang pasukan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Daerah Tenom dalam perlawanan persahabatan badminton sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke daerah tersebut.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tenom, Mas Syazwan Masood, Pengerusi Puspanita Tenom, Mastizah Samad dan Isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datin Wahida Mardiana Norsalim. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *