Joachim
Dr Joachim (dua kiri) bersama Dr Jamili (kiri) dan Gilbert Ee (tiga kanan) bergambar beramai-ramai pada majlis pembumbungan Coral Bay@ Sutera ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

KOTA KINABALU, SABAH – Sektor perumahan masih lumayan walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau  yakin sektor perumahan akan berjaya dan akan terus berkembang dengan komitmen dan usaha kerajaan dalam mentransformasikan sektor ini ditambah dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.

“Ini juga masa yang sesuai, memandangkan Sabah dan Sarawak sendiri merupakan pasaran pertumbuhan bagi sektor perumahan.

“Industri perumahan merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan baharu dan juga menyumbang kepada jumlah keluaran (KDNK).

“Pertumbuhan ekonomi dan pendapatan yang lebih tinggi berkait langsung dengan harga hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis topping bumbung Coral Bay @ Sutera anjuran GSH Corporation Limited dan China Railway Construction Group (CRCG) (M) Sdn Bhd di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kompleks hartanah itu dilengkapi dengan kemajuan teknologi terkini dalam pasaran.

“Reka bentuk bangunan ini menggabungkan inovasi terkini dalam industri pembinaan serta teknologi anti-seismik,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Jamili Nais; Ketua Pegawai Eksekutif GSH Corporation Limited, Gilbert Ee Guan Hui dan Pengarah Projek CRCG (M) Sdn Bhd, Zhang Ting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *