Ewon
Ewon (tiga dari kanan) menyerahkan cek cura kepada Mohd Najib (tiga dari kiri) – ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (KOO Sahabat) menyasarkan pembukaan 10 cawangan Klinik Sahabat sehingga tahun 2026.

Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, penubuhan klinik melalui kendalian anak syarikat KOOP, Sahabat Ikhtiar Healthcare Sdn. Bhd. turut mensasarkan pendapatan tahunan sebanyak RM 8 juta daripada pembukaan 10 cawangan tersebut.

“Kami juga berhasrat untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan melalui pembuka pusat perubatan wanita dan kanak-kanak, klinik estetik serta pusat dialisis.

“Selain mendapatkan rawatan, ia juga diharap dapat membuka lebih banyak ruang pekerjaan serta peluang pendidikan dalam bidang kesihatan kepada para anggota,” katanya pada Majlis Perasmian Klinik Koperasi Sahabat di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Najib turut memaklumkan penubuhan klinik berkenaan bertujuan menjadi penyedia perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan kefahaman kesihatan secara lokaliti.

“Ia ditubuhkan setelah melihat respon yang amat baik atas pembukaan dua cawangan terdahulu iaitu di Taman Keramat Permai dan Semenyih.

“Selain itu, ia juga bagi memberikan kemudahan serta meraikan anggota KOOP Sahabat di negeri ini yang mana merupakan keahlian paling ramai iaitu seramai 78,000 orang berbanding di negeri-negeri lain,” ujar beliau. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *