Juhar
Tun Juhar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Shahelmey (empat dari kiri), Ruslan (dua dari kiri), Safar (tiga dari kiri), Saifulzaman (kanan), Malai Ali (dua dari kanan) dan Arifin (tiga dari kanan) di perkarangan Masjid Negeri Sabah sejurus menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bersama lebih 2,500 jemaah di Masjid Negeri Sabah, pada Khamis.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni pada jam 7.30 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Menteri lll, Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.

Sejurus tiba, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah sempat bersama menyertai jemaah melaungkan takbir hari raya Aidiladha.

Sekitar 7.45 pagi, solat sunat Hari Raya Aidiladha diimamkan Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kaunting disusuli khutbah bertajuk Aidiladha: Hayati dan Mensyukuri yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar.

Sebelum beredar meninggalkan majlis sekitar 8.45 pagi, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah sempat meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah yang hadir.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Juhar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Malai Ali Malai Ahmad.

Dalam pada itu, sempena ibadah korban tahun ini, Tun Juhar melalui Istana Seri Kinabalu mengagihkan 19 ekor lembu kepada tujuh buah masjid, empat buah surau, dua buah sekolah tahfiz, dua buah rumah anak yatim dan selebihnya kepada agensi kerajaan persekutuan dan negeri sekitar daerah Putatan, Tuaran, Kota Belud, Keningau, Pitas dan Kota Kinabalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *