Joachim
Joachim (dua dari kanan) menerima borang kemasukan ahli baharu PBS daripada Muji ( Sumber Foto: Ihsan PBS )

KOTA BELUD, SABAH – Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam menyeru semua bahagian parti agar meningkatkan keahlian masing-masing bagi memperkukuhkan kedudukan parti di peringkat bahagian dan juga cawangan.

Katanya, keahlian amat penting kerana tanpa keahlian yang ramai sesebuah parti tidak akan kuat.

“Justeru, semua bahagian parti perlu meningkatkan usaha untuk menarik lebih ramai untuk menjadi ahli supaya parti kita kekal kuat.

“Sebuah parti yang kuat penting dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah dan membela nasib orang-orang Sabah.

“Bilangan ahli juga harus diterjemahkan kepada jumlah undi dalam mana-mana pilihan raya,” katanya.

Kekuatan sesebuah parti bermula dari peringkat akar umbi yang melibatkan bahagian dan cawangan, tambah Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-38 bagi empat bahagian parti iaitu Kadamaian, Pintasan, Usukan dan Tempasuk yang diadakan di Rumah Kebudayaan Tobilung (RKT) pada Khamis lepas.

AGM itu dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati daripada bahagian-bahagian tersebut.

Joachim juga menerima borang permohonan keahlian daripada 700 orang yang disampaikan oleh Ketua Bahagian PBS Pintasan, Muji Ampau.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Bahagian PBS Kadamaian, Tempasuk dan Usukan; Demis Rumanti, James Baga dan Lamdin Kuyab; Ahli -ahli Majlis Tertinggi (AMT), Naib Presiden yang juga Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut; Setiausaha Pergerakan Wanita selaku Pengerusi Mesyuarat, Stepfonie Chan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *