Christina
Christina ketika sesi ‘flagging off’ Program Latihan Simulasi untuk Pasukan 2 daripada 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Altitud Tinggi (SAR-HAT) di Timpohon Gate ( Sumber Foto: Ihsan KePKAS )

KUNDASANG, SABAH – Pertandingan Mount Kinabalu International Climbathon akan diadakan semula pada tahun hadapan selepas dihentikan tahun 2017 sebelum ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi ‘flagging off’ Program Latihan Simulasi untuk Pasukan 2 daripada 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Altitud Tinggi (SAR-HAT) di Timpohon Gate, di sini, semalam.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kita akan melaksanakan semula Mount Kinabalu International Climbathon yang dihentikan pada 2017.

“Semoga kita dapat merealisasikannya pada tahun hadapan selepas Taman-Taman Sabah (di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) telah membuat persediaan yang diperlukan untuk membuka semula laluan pendakian,” katanya.

Disamping itu, beliau turut berkata pertandingan itu bakal menjadi sebahagian daripada siri acara antarabangsa yang akan dianjurkan oleh pihaknya bagi membawa pelancongan Sabah ke peringkat seterusnya.

Selain itu, beliau turut berkata pihaknya juga telah bersetuju untuk menyokong pelaksanaan rancangan kejohanan golf antarabangsa dan Miss World Malaysia.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *