Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ( Sumber Foto: Gambar Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Hajiji Noor merupakan Ketua Menteri Sabah pertama yang melakukan semakan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan yang betul berkaitan pemberian khas kepada negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan seharusnya perlu ada semakan semula pemberian khas kepada Sabah setiap lima tahun.

Menurut kenyataan terbabit, kerajaan dibawah Parti Warisan (WARISAN)
gagal mengadakan sebarang semakan di bawah Perkara 112D.

“Sebaliknya WARISAN berbohong dalam Belanjawan Persekutuan dengan mengatakan pemberian khas itu digandakan daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta.

“Ini adalah tidak benar kerana pemberian khas di bawah Perkara 112C dan 112D hanya boleh ditingkatkan selepas semakan perlembagaan. Tiada semakan di bawah Perkara 112D pernah diadakan di bawah kerajaan Warisan.

“Hajiji ialah Ketua Menteri pertama sejak 1970 yang mengadakan semakan Perkara 112D yang betul dengan kerajaan Persekutuan.

“Hasilnya: ‘Tanpa prejudis kepada pemberian khas 40 peratus dalam Art.112C’; pemberian kepada Sabah dinaikkan daripada RM26.7 juta di bawah Perintah 1970 kepada RM125.6 juta untuk 2022 dan RM129.7 juta pada 2023 di bawah Perintah 2022 yang baharu,” jelas dalam kenyataan terbabit.

Susulan itu, negeri ini dibawah pimpinan Hajiji akan menerima RM669.8 juta secara keseluruhan antara tahun 2022 dan 226 sedangkan di bawah WARISAN, Sabah hanya akan menerima RM267 juta.

Disamping itu, Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) juga menegaskan tidak pernah menyaman kerajaan negeri berhubung perkara itu.

“Malah Hajiji mengarahkan agar kerajaan negeri menyertai semakan kehakiman sebagai responden supaya Sabah dapat memperjuangkan haknya di hadapan mahkamah.

“Kerajaan Sabah menyokong hak untuk menyaman kerajaan Persekutuan jika mereka enggan mengiktiraf atau menyerahkan hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D.

“Mahkamah Tinggi pada November 2022 memberi kebenaran kepada SLS untuk meneruskan semakan kehakiman. Kerajaan negeri juga telah menyokong SLS dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman mereka.

“Kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan perkara tersebut akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada September 2023,” jelas dalam kenyataan itu.

Kerajaan negeri juga kini giat mengejar hak Sabah untuk 40 peratus tersebut dan sedang bersedia untuk semakan ketiga pada 2026.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *