Lelaki tua
Mayat mangsa dikelilingi pekerja kesihatan dan keselamatan di Bukit Padang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berusia 71 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketia mendaki bukit Tun Fuad di Bukit Padang pada Jumaat.

Pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencuba untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong En Fatt dalam insiden 10 pagi itu.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas berada di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 11.49 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *