Feri
Feri kenderaan dan penumpang tamat tempoh yang sedang beroperasi ditahan Maritim Malysia ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah feri kenderaan dan penumpang di kedudukan 2.0 batu nautika Barat Laut Pulau Daat pada jam 11.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut ,Op Tiris dan Op bersama Jabatan Laut telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah Feri Kenderaan dan penumpang.

“Ia didapati gagal melaporkan pertukaran nakhoda serta Sijil Penumpang telah tamat tempoh.

“Semasa diperiksa, feri tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda, warganegara Filipina berumur 63 tahun dan 4 kru yang lain terdiri daripada warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 67 tahun.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana disyaki tidak melaporkan pertukaran nakhoda (Ship Registery) kepada Pegawai Pelabuhan dan Sijil Penumpang yang telah tamat tempoh,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Katanya, feri tersebut telah diiring ke Jeti Zon Maritim Labuan sementara nakhoda serta seorang krew bersama dokumen feri dibawa ke Pejabat Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *