Unk
Barisan pemenang akhir UNK 2023 bertempat di Hongkod Koisaan KDCA ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

PENAMPANG, SABAH – Unduk Ngadau Peringkat Sabah 2023 menyaksikan Tati Carol Abbey Gail dinobatkan sebagai juara Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) malam ini.

Anak jati Papar yang merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM16,000, trofi serta termasuk beberapa hadiah iringan.

Tempat kedua dimenangi UNK Kota Marudu, Calby Floresa dan bagi tempat ketiga pula dimenangi UNK Tambunan, Clerice Olvia.

Hadiah utama bagi UNK di kedudukan tiga tempat teratas disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni bertempat di Hongkod Koisaan KDCA, di sini.

 

 

 

 

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *