Bomba
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH -Seorang wanita mengandung meninggal dunia selepas Proton Iswara yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Lintas berdekatan City Mall.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 12.03 tengah malam semalam.

Katanya seorang lelaki berusia 30 tahun dan seorang perempuan dewasa dalam kenderaan sama turut cedera parah manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki, 33, tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa dalam Proton Iswara dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS dan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan dan diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi membabitkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tamat pada jam 1.14 pagi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *