KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Perikanan Sabah (JPS) mengeluarkan amaran agar orang awam tidak mengutip dan memakan kerang-kerangan dari kawasan Teluk Likas.
Ini kerana kes positif racun “Paralytic Shellfish Poisoning” (PSP) dikesan melebihi paras bahaya di kawasan terbut.
“PSP menyebabkan kerang-kerangan beracun dan boleh memudaratkan kesihatan awam.
“JPS akan memantau dari masa ke semasa perkembangan kejadian,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.
Kompleks Perikanan Likas boleh dihubungi di talian 088-428416 dan 013-8668440 atau Penguasa Perikanan Daerah Pejabat Perikanan Bandar Kota Kinabalu di 019-8620401 bagi pertanyaan lanjut.