Simen
Anggota bomba mengerudi simen di bawah tab mandi selepas penghuni rumah mendapati ianya mengandungi mayat wanita terbabit semasa proses pengubahsuaian.

PETALING JAYA, SELANGOR – Polis Selangor mengesahkan mangsa seorang wanita yang ditemui disimen di bawah tab mandi sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang, minggu lalu adalah kekasih kepada suspek utama yang berwarganegara India.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang juga warganegara India berusia 30-an telah tinggal di rumah itu bersama seorang suspek lelaki yang kini melarikan diri.

“Wanita itu dipercayai dibunuh sebelum disimen di lokasi. Butiran mengenai suspek utama telah diperoleh dan waran tangkap akan diperoleh.

“Kami juga akan mendapatkan bantuan polis di India untuk mengesan dan menahan suspek,” katanya memetik laporan Bernama.

Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu, Ranjit Singh dan Mandeep Singh, yang merupakan penyewa rumah itu untuk membantu siasatan mereka.

Hussein berkata polis telah merakamkan kenyataan 10 orang.

Penemuan pada Isnin itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *