Polis
Seorang lelaki yang membunuh kedua ibubapanya ketika ditangkap polis di Lebuhraya Sprint Terowong Penchala ( Sumber Foto: Shopee Viral Fb )

KUALA LUMPUR – Seorang anak derhaka tergamak membunuh kedua-dua ibu bapanya yang telah berusia lanjut dalam kediaman mereka di Jalan Penchala Hilir 6, Sungai Penchala, sini, semalam.

Polis kemudian berjaya menangkap suspek berusia 42 tahun tersebut di Lebuhraya Sprint Terowong Penchala pada pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kes selesai dalam tempoh 2 jam dan 40 minit.

Katanya, suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati pasangan mangsa berusia 72 dan 82 tahun ditemui terlantai dalam rumah dengan kesan tikaman.

“Laporan berhubung kes diterima pada pukul 7.43 selepas suspek bergaduh dengan kedua-dua mangsa,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Amihizam berkata berkata suspek pada awalnya cuba melarikan diri ke arah kawasan semak berhampiran lokasi kejadian namun berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Polis Kuala Lumpur.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *