Ewon
Ewon ketika berucap dalam majlis tersebut ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

PENAMPANG, SABAH – Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata beliau menyokong pengguguran Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah selepas ucapan penggulungan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ewon sebelum ini menentang semasa Rang Undang-Undang atau RUU Anti-Lompat Parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibentangkan pada minggu lepas tetapi telah berubah fikiran.

“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa khas antara parti dalam menjelaskan pengguguran Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah seperti yang dikatakan Ketua Menteri.

“Artikel itu berkaitan dengan siapa yang akan menjadi Ketua Menteri dalam senario tiada majoriti atau jika seorang pemimpin parti kalah dalam pilihan raya.

“Dalam penjelasan itu, jika 6(7) disimpan maka majoriti presiden parti politik kalah semasa pilihan raya maka itu adalah satu kelemahan juga. Perkara 6(3) sudah cukup untuk menentukan Ketua Menteri seterusnya.

“Tetapi pada pendapat saya, meraih lebih 50 peratus undi adalah garis panduan yang cukup baik. Apa yang penting ialah tiada lagi berlaku lompat parti.

“Jika ADUN melompat maka mereka terpaksa mengosongkan kerusi mereka. Kemudian terpulang kepada rakyat untuk sama ada memilih semula orang itu di bawah parti baharu mereka atau memilih calon yang lain daripada parti mereka sebelum ini,” katanya ditemui pada program penjenamaan Mok Corer di Megalong, sini, semalam.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *