PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PAPAR, SABAH – Seorang lelaki penghidap autisme berusia 24 tahun dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Sumbiling Mogon sini pada petang semalam.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 5.51 petang Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba mengenal pasti identiti mangsa sebagai Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin berwarganegara Brunei.

Menurut bapa mangsa, anaknya disedari hilang pada jam 7 pagi hari yang sama.

“Sepasukan sembilan anggota bomba dalam perjalanan ke lokasi untuk mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya jurucakap agensi.

Walau bagaimanapun, ahli keluarga mangsa datang ke balai dan melaporkan mangsa telah dijumpai oleh orang awam di Kampung Benoni Papar dalam keadaan selamat dan telah diserahkan kepada ahli keluarga.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.17 malam,” tambahnya.

 

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *