Chess
Daniel (kiri) menerima trofi kejohanan daripada Caesar selepas dinobatkan sebagai Johan kategori lelaki bagi kejohanan tersebut ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Daniel Quizon dan Diajeng Theresa Singgih mengungguli Eastern Asia Juniors And Girls Chess Championship 2023.

Daniel yang berasal dari Filipina memenangi kategori lelaki manakala Diajeng dari Indonesia menewaskan pesiangnya bagi kategori perempuan.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh wakil ketua Menteri, Datuk Ceaser Mandela Malakun di sini, pada Jumaat.

Menurut Ceaser, pemilihan negeri Sabah sebagai tempat penganjuran pertandingan itu sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat-bakat baru.

Selain itu, kejohanan tersebut juga boleh dijadikan sebagai persediaan bagi pemain-pemain catur negeri untuk bertanding dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak, tahun depan.

Hadir sama, Presiden Persekutuan Catur Malaysia (MCF), Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Presiden Persatuan Catur Sabah, Muammar Julkarnain serta Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri, Muddin Beting.

Kejohanan yang berlangsung dari 1 hingga 9 Disember tersebut menarik seramai 59 peserta dari pelbagai negara termasuk Mongolia, Hong Kong, Korea Selatan dan China. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *