Maritim
Laskar Kanan Maritim Alloysius anak Nain ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

KOTA KINABALU, SABAH Laskar Kanan Maritim Alloysius anak Nain, anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Labuan telah melakar sejarah peribadi serta mengharumkan nama Maritim Malaysia.

Ini susulan beliau telah diumumkan sebagai penerima Hadiah Pingat Emas pelajar terbaik Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, penganugerahan yang diterima oleh Alloysius telah membanggakan pihaknya.

Disamping itu, secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada warga Maritim Malaysia bagi mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

Alloysius, 30 tahun berbangsa Bidayuh dan berasal daripada Sarawak merupakan anggota yang bertugas di Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah telah menamatkan pengajian selama 5 tahun dengan cemerlang.

Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah sepanjang pengajian beliau antaranya Anugerah Dekan pada setiap sidang akademik, Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik dan Anugerah Kecemerlangan Akdemik.

Alloysius memaklumkan, walau berhadapan kerjaya hakiki sebagai anggota Maritim Malaysia, ia tidak pernah menjadi halangan besar untuk beliau menamatkan pengajian sebaliknya tugasan hakiki yang dilaksanakan turut membantu beliau dalam menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pihak fakulti.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *