Bomba
Mayat salah seorang mangsa kanak-kanak yang lemas selepas diberikan bantuan CPR ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUDAT, SABAH – Aktiviti mandi-manda tiga kanak-kanak di sebuah kolam buatan di Kg Perpaduan Ria 1 berakhir dengan kematian mereka petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan membabitkan dua orang mangsa lelaki dan seorang perempuan itu pada pukul 5.36 petang.

“Ketiga-tiga mangsa telah diberikan bantuan pernafasan awal (CPR) oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) Bomba.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital menggunakan Ambulans (KKM), jentera EMRS dan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Walau bagaimanapun, Wan Hermi, 11, Mohd Syahzwan, 7, dan Nurul Isah, 11, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat.

Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kudat terlibat dalam operasi yang kemudian tamat pada pukul 7.40 malam.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *