Maritim
Anggota Maritim Malaysia bersama tangkapan PATI ( Sumber Foto: Ihsan APMM )

LAHAD DATU, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam warna hijau tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan oleh enam orang kru dalam keadaan mencurigakan di kawasan Timur Pulau Bohayan, Kunak, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot peronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot pam melalui rondaan rutin lebih kurang pukul 1.45 tengahari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa diperiksa.

“Dipercayai enam kru bot iaitu empat lelaki dan seorang wanita warga Filipina yang berusia antara 17 tahun hingga 20 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi warganegara Malaysia wanita dilepaskan tanpa sebarang pendakwaan,” katanya.

Turut dirampas sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dan sebuah enjin pam.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *