Awang
Jenazah Awang Askandar selamat dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Benoni Papar ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah)

PAPAR, SABAH – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub telah selamat dikebumikan disebelah pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar petang tadi.

Majlis pengebumian selesai dilaksanakan dengan istiadat penghormatan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekitar jam 5:17 petang tadi

Jenazah Pengarah APM Kedah itu diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga, anggota APM, rakan, dan penduduk kampung di kediamannya sebelum solat jenazah dilaksanakan di Masjid Jamek As-Salam, di sini.

Awang
Solat jenazah untuk Allahyarham Awang Askandar di Masjid Jamek As-Salam Kampung Benoni ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah)

Sekitar jam 2.20 petang tadi, jenazah allahyarham tiba di Mas Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 2646).

Awang
Keranda yang membawa jenazah Allahyarham Awang Askandar diusung ke Perkuburan Islam Kampung Benoni Papar (Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah)

Ketibaan jenazah di MAS Kargo turut disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing Ketua Menteri Sabah, Datuk Anifah Aman serta Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *