Joachim
Dr. Joachim (tengah) menyaksikan penyerahan bantuan kepada Jawatankuasa Tagal Kg. Luanti daripada Jabatan Perikanan yang diwakili oleh (Azhar) kepada Pengerusi Persatuan Tagal Ranau Noorhayati Robert@ Assry ( Sumber Foto: Ihsan Pejabat Timbalan Ketua Menteri )

RANAU, SWBAH – Jabatan Perikanan Sabah setakat ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman Tagal (MoU Tagal) dengan 31 jawatankuasa tagal di negeri ini, termasuk 12 jawatankuasa tagal di Ranau.

Sembilan daripada jawatankuasa tagal tersebut di daerah ini merupakan yang terbaharu menandatangani MoU Tagal dengan jabatan tersebut dalam satu majlis diadakan di Pusat Informasi Tagal Ranau di Kampung Luanti di sini hari ini, disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Ia melibatkan Tagal Kampung Gana Gana, Tagal Kampung Lobou Lama, Tagal Kampung Tompios, Tagal Kampung Kilimu, Tagal Kampung Togop Darat, Tagal Kampung Lobou Timbua, Tagal Kampung Nalapak, Tagal Kampung Perancangan and  Tagal Kampung Paus.

MoU Tagal adalah satu nota kerjasama di antara kedua-dua pihak, yang membolehkan Jabatan Perikanan Sabah memainkan peranan sebagai penasihat teknikal, memantau pencapaian sistem tagal yang sedia ada, menjalankan penyelidikan (R&D) ke arah memperbaiki lagi sistem tagal dan mempromosi aktiviti ekopelancongan di kawasan tagal.

Manakala jawatankuasa tagal pula berperanan dalam pengurusan kesalahan dan denda, mengurus harian kawasan tagal dan melaporkan data pendaratan hasil penuaian serta penangkapan kepada Jabatan Perikanan Sabah.

Joachim berkata, Jabatan Perikanan yang merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, telah mengambil inisiatif semenjak tahun 2002 untuk memajukan dan memantapkan lagi pelaksanaan sistem tagal.

Menurutnya, di bawah inisiatif itu Jabatan Perikanan Sabah bertindak sebagai penasihat teknikal kepada semua ahli jawatankuasa tagal di setiap daerah dan mempromosi sistem tagal kepada daerah yang belum menjalankan sistem tagal.

Jabatan Perikanan juga turut memperkenalkan konsep pengezonan kawasan tagal iaitu zon hijau (penangkapan ikan dibenarkan sepanjang tahun), zon kuning (penangkapan ikan adalah secara berjadual) dan zon merah (penangkapan ikan adalah tidak dibenarkan).

“Konsep pengezonan ini diwujudkan adalah agar pengurusan sumber perikanan sungai dapat dijalankan dengan lebih baik dan teratur,” jelasnya.

Menurut Joachim, pada masa ini terdapat sebanyak 126 buah tagal di Ranau dan merupakan daerah yang mempunyai jumlah tagal paling banyak di Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *