Jeffrey
Jeffrey Nor Mohamed

KOTA KINABALU, SABAH – Penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Putatan perlu disegerakan memandangkan peningkatan jumlah penduduk mencecah lebih 84,000 di daerah ini.

Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata sehingga kini segala urusan pentadbiran PPD Putatan dibawah daerah Penampang dengan merekodkan tiga sekolah menengah, lapan sekolah rendah manakala dua lagi Sekolah Berkeperluan Khas.

Katanya status Putatan kini menjadi daerah penuh membuktikan wujud keperluan penubuhan PPD bagi memudahkan menyelaras segala operasi pentadbiran pendidikan di kawasan ini.

“Semua ini dilihat menjadi asas kukuh tentang keperluan bagi daerah Putatan memiliki sebuah Pejabat Pendidikan sendiri dengan tidak lagi menumpang kepada daerah Penampang.

“Jika diluluskan, segala kemudahan ini akan dapat dinikmati sepenuhnya oleh guru-guru, pegawai pendidikan , ibu bapa serta semua pelajar di Putatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah berkata, dalam tempoh sama segala aktiviti pentadbiran merangkumi keperluan peruntukan pembangunan akan memberi manfaat kepada semua sekolah di daerah Putatan.

“Perkara ini perlu direalisaikan dalam tempoh terdekat. Selain itu wujud beberapa keperluan lain khususnya menaiktaraf sekolah rendah dan menengah sedia ada berikutan pertambahan serta peningkatan penduduk di masa depan.

“Agak memalukan apabila keperluan ini tidak dapat diwujudkan memandangkan Putatan merupakan ‘sub urban’ dengan memenuhi keperluan mendesak yang perlu disegerakan penubuhannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *