KOTA KINABALU, SABAH – Jangkaan pertembungan di antara gabungan politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) -Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)-WARISAN hampir pasti berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Menurut Penganalisis Politik Borneo Merdeka Centre, Baharuddin Yamani berkata; “hasil kajian dan jangkaan awal kami pada bulan april 2023 lalu masih kekal dan pertembungan di antara kedua-dua gabungan parti besar itu amat sukar dielakkan walaupun masih terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai perkara tersebut.”

“Dinamika politik di Sabah dan Sarawak terlaku unik berbanding di semenanjung Malaysia.”

“Walaupun di peringkat persekutuan GRS, GPS, PH, BN dan WARISAN bersama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, namun situasi jelas berbeza di kedua-dua negeri yang dikenali sebagai Borneo itu.

“Sebagai contoh, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menetapkan pendirian untuk meletakkan calon di semua kerusi dalam mana-mana pilihan raya di Sarawak pada masa akan datang.
“Perkara ini telah dijangka lebih awal, malahan pertembungan GPS dan PH sudah tentu akan berlaku pada PRN di Sarawak”.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini berkata, pendirian itu bagi memastikan politik Sarawak terus stabil bagi membolehkan kerajaan GPS terus membawa kemajuan untuk rakyat.

Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Kuching pada 23 Sept lalu.

Baharuddin berkata lagi; “di Sabah pula kerajaan terbentuk hasil daripada gabungan GRS dan PH, malahan keakraban kedua-dua gabungan ini dilihat semakin bertambah baik malahan pasti akan diterjemahkan pada PRN yang akan datang.”

“Dapatan kajian awal secara jelas menunjukkan jika GRS dan PH berjaya mencapai kata sepakat untuk bergabung pada PRN-17 akan datang, sudah tentu Barisan Nasional (BN) dan Warisan menemui jalan berliku untuk merampas Sabah,” tambah Baharuddin lagi.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *