Lemas
Mayat mangsa dibawa ke tebing sungai ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA BELUD, SABAH – Mayat seorang remaja perempuan yang dikhuatiri lemas pada Isnin ditemui pada pukul 10.20 pagi tadi selepas pencarian tiga hari.

Qiezelle Uyiko, 14, ditemui kira-kira lima kilometer dari mana beliau terakhir kali dilihat melambai ke arah keluarganya ketika sedang lemas di sungai berhampiran Daradaat View, Kampung Ratau, sini.

Pada hari kejadian, mangsa dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti mandi manda bersama keluarga pada jam 2.30 petang.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kekuatan seramai 11 anggota bomba, 41 anggota polis, 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 6 ahli NGO Rafting Borneo.

Operasi meliputi empat kilometer sepanjang sungai berkenaan ditamatkan pada pukul 12 tengah hari tadi.

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *