Hajiji
Chang menerima cenderahati daripada Hajiji selepas sesi kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Rombongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) diketuai oleh Menteri Chang Lih Kang mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Timbalan Menteri Datuk Arthur Kurup, Ketua Setiausaha Mosti Datuk Dr Aminuddin Hassim dan pengarah agensi di bawah kementerian itu.

Antara isu yang dibincangkan ialah mendorong pembangunan sains, kejuruteraan,
teknologi dan matematik (STEM) di Sabah.

Disamping itu, Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstorm turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Hajiji.

Joachim
Dr Joachim menerima cenderahati daripada Hajiji selepas sesi kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Antara perkara yang dibincangkan ialah hasrat Sweden mahu mengeratkan hubungan dengan Sabah, khususnya dalam sektor pelancongan.

Dr Bergstorm berkata Gunung Kinabalu yang terkenal di Sabah serta pelbagai budaya menawan, diharap dapat didedahkan lagi kepada rakyat Sweden.

Hajiji
Chang menerima cenderahati daripada Hajiji selepas sesi kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *