Tan
Tan Lee Fat ketika ditemui media ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023 berjalan lancar.

Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fatt berkata, setakat ini sebanyak 90 peratus persiapan telah dilaksanakan dengan melibatkan dua sesi raptai sejak Ahad.

“Hari ini (semalam) merupakan raptai kali kedua walaupun cuaca hujan namun berjalan dengan lancar dan esok raptai penuh perbarisan akan dijalankan,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 turut menyarankan kepada masyarakat agar terus menyemarakkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menghayati makna Hari Kebangsaan.

“Kita dapat menunjukkan semangat kebersamaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan, rumah ataupun di kereta sebagai menunjukkan semangat cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ini.

“Saya menyeru kepada semua orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos yang akan berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens (berhadapan Promenade Hotel),” katanya selepas kepada media sejurus selepas Sesi Temu Bual Program Kami Bah Ini (KBI) di Studio HD TV RTM Sabah, pada Isnin.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim. — JABATAN PENERANGAN SABAH

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *