Gagasan
Bahrin bergambar kenangan bersama jawatankuasa Gagasan Rakyat Bahagian Likas selepas merasmikan mesyuarat cawangan berkelompok ( Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat Likas )

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas akan menperkukuhkan dan membantu perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu parti lokal menggunakan formula tempatan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata Gagasan Rakyat Sabah sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah.

Katanya permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk rakyat di Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat cawangan berkelompok Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas di sini semalam

Hadir sama Timbalan Ketua bahagian Gagasan Rakyat Likas Muamar Julkarnain, Naib Ketua bahagian Dr Awang Faisyal Asyiffa Awang Rahim, Setiausaha bahagian Mohd Shahezam Salisi, Ketua Penerangan, Zakaria Mandalam,Penolong Bendahari,Golden Lim, Ketua Wanita Halijah Din, Ketua Beliawanis, Noor Azee Ashikin Angsari serta ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat bahgian Likas.

Menurut Bahrin rakyat Sabah amat  memerlukan kestabilan politik kerana itu sajalah pilihan terbaik yang mampu membangkitkan keupayaan Sabah untuk bergerak ke hadapan dengan  keyakinan politik dan ekonomi.

Jelasnya, kestabilan politik sangat penting kerana ia mencorak nasib dan masa depan jenarasi akan datang serta kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *