Kahwin
Sekadar gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bertemu jodoh selepas bercerai dua tahun lalu tidak menjangka bekas suaminya muncul semula dalam hidupnya sebagai menantu.

“Saya akui agak kekok dan sukar untuk membiasakan diri dengan perubahan ini, namun saya reda jika ini jalan yang Allah pilih untuk saya,” kata wanita itu memetik ruangan pengakuan Kosmo.

Nisa dan Ali (bukan nama-nama sebenar) telah berumah tangga lebih lapan tahun namun ianya musnah angkara orang ketiga.

Nisa berkata suaminya Ali berlaku curang dengan staf baharu di tempat kerjanya bernama Kira (bukan nama sebenar).

“Ketika itu saya yang tidak boleh memaafkannya memilih untuk mengundur diri,” katanya.

Setelah menjadi seorang janda, Nisa menyewa bilik juga bersama seorang teman sepejabatnya.

Menurutnya, Zul (bukan nama sebenar) merupakan seorang lelaki berusia pertengahan 50-an, namun masih segak dan tegap.

“Dia merupakan seorang duda yang kematian isteri akibat kanser usus. Pada satu hari, syarikat mengadakan majlis jamuan potluck,

“Majlis itu menjadi titik pertemuan kami yang mula terpikat dengan masakan ayam masak merah Nisa,” katanya.

Nisa sebagai wanita ‘solo’ menyambut salam perkenalan Zul dengan hati terbuka dan mulai berkawan.

“Selepas beberapa bulan, hubungan kami semakin akrab dan Zul melamar saya sebagai isterinya. Kami berkahwin tahun lalu,” katanya.

Tidak lama kemudian, Zul memanggil kesemua anaknya yang bekerja di ibu kota untuk pulang ke rumah bagi berkenalan dengan ibu tiri mereka.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat wajah bekas suami, Ali dan isterinya Kira di pintu rumah,” ujar Nisa.

Kira rupanya puteri sulung Zul dan lebih mengejutkan bekas suami Nisa kini bertukar status menjadi menantunya.

Biarpun pada awalnya sukar menerima hakikat itu, Nisa kini merupakan ibu tiri Kira.

Walau bagaimanapun, Nisa bersyukur kerana jodoh kali keduanya itu cukup membahagiakan sehingga lupa pada perbuatan bekas suami.

“Saya dan suami amat bahagia dan saya fikir, itu lebih penting daripada melayan perasaan sakit hati dan dendam terhadap bekas suami dan juga Kira,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *