Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan Buku Tawaran Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Selangor 2023 pada Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor malam tadi…(Sumber Foto: Bernama)

SHAH ALAM, SELANGOR – Perikatan Nasional (PN) Selangor menawarkan 112 tawaran untuk dilaksanakan sekiranya dipilih mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan manifesto bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit” di sini malam ini berkata tawaran tersebut terkandung dalam tujuh tunjang utama dan 25 pendekatan dengan fokus utama meringankan kos sara hidup rakyat, merancakkan perniagaan dan ekonomi negeri.

Tujuh tunjang itu meliputi Semarak Masyarakat Harmoni; Sejahterakan Kehidupan Rakyat; Junjung Prinsip Tadbir Urus dan Politik Yang Bersih; Ekonomi Masa Hadapan Yang Utuh; Wanita Teras Masyarakat dan Ekonomi Negeri; Modal Insan Gemilang dan Alam Lestari dan Infrastruktur Bestari.

Hadir sama Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Pengerusi Perhubungan Gerakan Selangor Datuk Henry Teoh Kien Hong.

Pada PRN kali ini, PN bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

– BERNAMA




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *