Soundcircus
Poster Soundcircus Festival 2023 ( Sumber Foto: Ihsan Art Of Speed Malaysia )

KUALA LUMPUR – Soundcircus Festival 2023 anjuran Art Of Speed Malaysia (AOSM) yang berlangsung di MAEPS Serdang pada 29 dan 30 lepas dengan kerjasama BRO Asia dan Harley-Davidson berjaya menarik lebih 6,000 pengunjung dengan jayanya.

Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus, Asep Ahmad zidkandar berkata demikian dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan.

Konsert Soundcircus Festival 2023 menyaksikan barisan kugiran ulung membuat persembahan bertenaga seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Sindicate.

Mengulas lanjut, Asep berkata antara segmen khas yang ditampilkan adalah acara ‘Battle Of The Bands’ anjuran Harley-Davidson dengan hadiah berupa pakej ke Thailand bagi membuat persembahan di pentas utama Asia Harley Days yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

“Pemenang bagi segmen Battle Of The Bands oleh Harley-Davidson adalah Chltpdy, dimana mereka akan ditaja oleh Harley-Davidson untuk membuat persembahan di festival muzik luar negara.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 2017, SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar di dewan besar MAEPS,” katanya.

Dalam pada itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif jenama BRO Asia, Roman Lai berkata pihaknya berpuas hati dengan kejayaan AOSM dalam mengendalikan festival muzik ini sekaligus dapat mempromosikan produk kepada lebih ramai pengguna.

Disamping itu, Pengarah Urusan – Pasaran Pembangunan Asia & India, Harley-Davidson Motor Company, Sajeev Rajasekharan pula berkata pihaknya sangat gembira dengan penganjuran festival muzik itu kali ini.

“Kami gembira menjadi sebahagian dari festival muzik ini, bukan sahaja sebagai penaja utama tetapi mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami di AOSM.

“Ini selain memperoleh kepentingan strategik dan bertindak sebagai platform utama untuk komuniti dan penggemar Harley-Davidson dapat kumpul bersama,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *