KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik lelaki di Manila, Filipina, dibunuh selepas penculiknya menerima wang tebusan sebanyak RM330,000 menerusi aplikasi cryptowallet daripada keluarga mangsa.

Mayat mangsa yang identitinya belum didedahkan pihak penguatkuasa penemuan mayatnya di San Simon, Pampanga pada 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Pejabat Atase Polis Malawakil Manila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang memaklumkan adik lelakinya yang bekerja di Manila telah diculik pada 22 Oktober.

Bagaimanapun, katanya, pada 23 Oktober, pihak Philippine National Police (PNP) telah menerima laporan tentang penemuan mayat seorang lelaki dengan deskripsi fizikal dan tatu sama dengan mangsa penculikan.

“Pada 9 November, JSJK telah menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet USDT milik seorang suspek yang terlibat kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, analisis yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Crytocurrency JSJK berjaya mengesan aliran transaksi cryptocurrency tersebut yang dipindahkan ke salah satu ‘exchange’ (penukaran) yang tidak didaftarkan di Malaysia.

“Hasil maklumat diterima daripada ‘exchange’ tersebut mendedahkan identiti enam suspek warga asing dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan tersebut,” katanya.

Katanya kesemua maklumat itu telah diserahkan kepada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *