Poster
Poster Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang ( Sumber Foto: Ihsan Orang International )

KUALA LUMPUR – Orange International kembali tampil menganjurkan Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang pada 3 Februari 2024 khusus untuk rakyat Pulau Pinang bertempat di Spice Arena jam 8:30 pagi.

Konsert terbabit penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar.

CEO & Pengasas Orange International, Datuk Mohd Fadzli Idrus berkata pihaknya berharap terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, OI sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang.

“Wali Band yang dianggotai oleh Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) mula ditubuhkan pada 1999 merupakan salah satu kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu.

“Selain Wali Band, turut ditampilkan, penyanyi Indonesia yang sedang meningkat naik, Fadhilah Intan yang viral dengan lagu ‘Dawai’, dan ini merupakan kemunculan pertamanya di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama dua jam lebih ini bakal diserikan dengan persembahan di antara 13 sehingga 15 buah lagu.

Kesemuanya bergantung permintaan penonton dengan mengangkat tema ‘hijau’ bersempena program ‘Eco-Schools’ yang diwar-warkan kerajaan.

“Kami menggalakan penonton yang hadir untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada malam konsert tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *