Bomba
Pasukan bomba memotong pintu rumah mangsa strok warga emas di perumahan Flat Sri Taman ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Seorang mangsa strok warga emas di perumahan Flat Sri Taman sini dapat diselamatkan selepas pasukan bomba memotong pintu rumahnya semalam.

Mangsa wanita berusia 67 terbabit dikatakan terperangkap di dalam rumah selepas mengalami stroke pada kira-kira pukul 7.30 malam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa telab terjatuh dan tidak dapat bangun semula.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas dan memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Jelasnya, sepasukan lapan digerakkan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.59 malam.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.32 malam,” katanya.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *