Chan
Setiausaha Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sabah, Chan Loong Wei ( Sumber Foto: Ihsan DAPSY )

KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sabah, Chan Loong Wei, mengutuk “serangan” Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, terhadap Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar,

Katanya kenyataan Aliakbar melanggar semangat kerajaan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai di Sabah,

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik, gunakan saluran yang sesuai untuk menyuarakan kebimbangan.

“Jika (Aliakbar) begitu kecewa dengan kerajaan hari ini, maka dia harus meletakkan jawatan dengan bermaruah dan memainkan peranan pembangkang,” kata Chan.

Chan juga menggesa PAS untuk berubah menjadi pembangkang yang membina, berhenti berpolitik, dan mengarahkan usaha ke arah menangani kebimbangan rakyat yang sah.

“Percubaan tanpa henti untuk menyemai ketakutan dan ketidakstabilan merugikan Sabah dan Malaysia.

“PAS harus memainkan peranan positif sebagai pembangkang dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dari terlibat dalam sentimen perkauman dan agama,” tambahnya.

Chan yang juga berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah menegaskan bahawa kerajaan GRS-PH Sabah akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat persekutuan.

“Komitmen ini penting untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kestabilan politik untuk kepentingan Sabah dan Malaysia.

“Aliakbar dan PAS, tunggulah sehingga pilihan raya Sabah datang kerana itulah masa dan platform untuk berpolitik.

“Buat masa ini, tumpuan kita seharusnya adalah untuk menangani keperluan rakyat dan membangunkan ekonomi Sabah,” beliau berkata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *