Rahmah
Kelihatan orang ramai membeli barangan semasa PJR sempena HPPK 2023 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Program Jualan Rahmah (PJR) sempena Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Antarabangsa 2023 mendapat sambutan yang menggalakkan.

Jualan tiga hari bermula semalam di Pekan Donggongon dekat sini, menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian daripada 10 peratus hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Platform yang dibawakan khas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) itu bertujuan untuk merancakkan lagi ekonomi sektor peruncitan, di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Madani.

Kebanyakan barangan yang dijual merupakan barangan asas harian seperti telur, minyak masak, tepung, gula, bawang, ikan bilis dan beras. — JABATAN PENERANGAN SABAH




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *